Tuesday, June 28, 2011

ISUZU D-MAX DI BORNEO

Ekspedisi sejauh 708 kilometer di Sabah dan Sarawak Isuzu D-Max menempuh pelbagai cabaran selama 3 hari.


Wan Zaqi Zacary bertanggungjawab mengetuai ekspedisi ini yang juga Pengurus Perancangan Produk dan Latihan Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. Perjalanan sejauh kira-kira 708 kilometer itu boleh dikatakan sebagai kesinambungan kepada cabaran Isuzu Dura-Mile yang dianjurkan oleh pihak Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. pada tahun 2007. Bukan itu sahaja, misi tersebut juga dibuat bagi membuktikan sekali lagi bahawa trak pikap Isuzu D-Max memiliki keupayaan penggunaan bahan api paling efisien berbanding pesaingnya. Sebelum ini, D-Max berjaya melakar rekod perbatuan sejauh 1,501km dengan hanya 76 liter diesel, bermula dari Bangkok, Thailand ke Kuala Lumpur.



Sebanyak 10 buah Isuzu D-max bersesaran 2.5 liter dan 3.0 liter bertransmisi automatik dan manual sudah sedia untuk beraksi setelah dimasukkan ke dalam mode pacuan 4L. Mode itu digunakan kerana laluan darat menuju ke pekan Lawas sejauh 150km cukup mencabar.
"Beri kepercayaan kepada D-Max anda. Ia mampu meredah laluan mendaki dan berselut walaupun pada kedudukan gear empat," kata Zaqi melalui walkie-talkie.
Memang benar, jentera itu seakan tidak berdepan masalah dalam menempuh laluan sebegitu. Malah, untuk menambah lagi 'drama', laluan kecil yang hanya dibina menggunakan beberapa batang kayu balak runtuh pada malam sebelumnya.

Rombongan akhirnya tiba di Lapangan Terbang Tawau lebih awal daripada yang dijadualkan, tanpa dihalangi oleh apa-apa masalah teknikal pada Isuzu D-max.
"Isuzu Dura-Mission ini diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai Isuzu D-Max. Ia sekali gus meningkatkan lagi jualannya berbanding lebih daripada 5,026 unit pada tahun lalu," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Isuzu Malaysia Sdn. Bhd., Takashi Hata.
Bagi saya, Isuzu Dura-Mission bukan sekadar mampu menunjukkan karektor sebenar sebuah D-Max. Malah, ekspedisi Trans Borneo itu membuktikan bahawa Malaysia dirahmati dengan banyak lokasi yang sangat menarik untuk diterokai.
sumber dipetik dari Kosmo!

No comments:

Post a Comment